Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar hanya umum dua jawatan TPM, bukan tiga

Jawatan timbalan perdana menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim hanya dua, bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, menjelaskan Presiden PKR terbabit hanya mengumumkan dua jawatan timbalan perdana menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini.

“Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS