Sebanyak 1,743 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,885,539.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 26,797, naik 21 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (621)

  • Kuala Lumpur (452)

  • Negeri Sembilan (119)

  • Sabah (115)

  • Perak (110)

  • Pulau Pinang (59)

  • Johor (49)

  • Kelantan (40)

  • Kedah (38)

  • Sarawak (37)

  • Melaka (32)

  • Putrajaya (29)

  • Pahang (18)

  • Terengganu (17)

  • Perlis (4)

  • Labuan (3)

Sebanyak 5 lagi kematian dilaporkan, dengan 1 kes ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak minggu lalu, purata 3.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 3.4, yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,452 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri-negeri yang mencatatakan kes kematian semalam adalah tiga di Johor dan dua lagi di Perak.

Sebanyak 1,133 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 44 sedang mendapat rawatan rapi.