Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Saya mahu terus berkhidmat untuk orang Gombak
Diterbitkan:  Oct 26, 2022 12:38 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) membayangkan dia akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dalam PRU15.

Dalam wawancara bersama Astro Awani semalam, Azmin yang sudah memegang kerusi itu selama tiga penggal berkata dia sedar banyak pihak yang ingin mencabarnya di situ dan dia mengalu-alukannya.

Menurut Azmin, dia sudah lama berkhidmat di Gombak dan menyerahkan pengundi di situ untuk membuat pilihan dalam PRU kali ini.

“Saya bersedia untuk terus berkhidmat untuk orang Gombak,” katanya.

Selepas keluar PKR pada 2020, timbul spekulasi dia mungkin akan bertanding di kerusi lain, berbanding berdepan dengan pengundi di situ yang mungkin kecewa dengan tindakannya itu.

PN setakat ini belum mengumumkan senarai calon di Selangor.

Kata Azmin lagi, kempennya kali ini akan menggunakan slogan "Melangkah pasti, bersatu berbakti".

"Saya nak kita melangkah ke depan, bukan ke belakang," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS