Pencapaian terbesar Saifuddin jadi talian hayat Umno, PAS - Kit Siang
Lim Kit Siang percaya terdapat teori mudah di sebalik janji Dr Mahathir Mohamad bahawa pentadbiran Pakatan Harapan akan meratifikasi konvensyen-konvensyen utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan dengan perlindungan hak asasi manusia pada 2018.
“Terdapat banyak teori konspirasi... Saya tidak percaya dengan teori-teori konspirasi ini. Saya percaya kepada teori yang mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sambil menuding jari kepada Saifuddin Abdullah, Lim berkata menteri luar negeri ketika itu berpendapat bahawa ratifikasi itu akan menjadi “pencapaian terbesarnya”.
“Sebaliknya perkara ini menjadi kesilapan dan kegagalan terbesarnya,” katanya.

Lebih-lebih lagi, katanya, Saifuddin, yang berpaling tadah daripada PKR semasa "Langkah Sheraton" pada 2020, tidak menyedari bahawa isu itu menjadi talian hayat kepada PAS dan Umno untuk “memainkan politik toksik penipuan, kebencian, dan sentimen perkauman serta keagamaan untuk menjadi relevan semula.”
Bagaimanapun, veteran DAP itu berkata dia terkejut bahawa Saifuddin, yang kini bersama Bersatu, dengan personaliti dan kuasa politik yang sama telah mengubah “pencapaian terbesarnya” sebagai menteri luar kepada satu kegagalan dan kesilapan terbesarnya.”
Malaysiakini telah menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan ulasannya.
Sementara itu, Lim sekali lagi menjarakkan DAP daripada kemelut itu susulan tuduhan Presiden PAS Abdul Hadi Awang minggu lalu bahawa parti majoriti Cina itu menekan PH untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom.

“Pada 24 November 2018, dalam satu ucapan di majlis makan malam bersama Persatuan Malaysia Jiansu di Souchou, China, saya telah katakan tidak ada mana-mana rakyat Malaysia mahu Malaysia meratifikasi Icerd pada harga satu lagi rusuhan kaum 13 Mei, memandangkan tanpa ragu-ragu, terdapat sesetengah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menghasut dan meningkatkan syak wasangka dan kebencian antara kaum untuk mengulangi tragedi 13 Mei di Malaysia.
“Saya menekankan bahawa Malaysia tidak patut meratifikasi ICERD sehinggalah majoriti kaum dan agama di Malaysia menyokongnya dan memahami bahawa perkara ini tidaklah anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja,” katanya.

Jumaat lalu, Hadi mengakui bahawa dirinya merupakan individu yang memulakan langkah untuk menjatuhkan kerajaan PH kerana PAS merasakan mereka menuju ke arah menghapuskan hak istimewa orang Melayu dengan meluluskan Icerd dan Statut Rom.
Menjawab tohmahan itu, Lim berkata pimpinan DAP langsung tidak tahu apa-apa mengenai cadangan untuk mengenai instrumen PBB itu.
Sebaliknya, katanya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang ketika itu menteri dalam negeri dalam kerajaan PH, mengetahui tentang perkara berkenaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/47a7219f2a5060aa738daeef188647c9.jpg)

/file/1347/ccb9c59df322f703eb5aef37fcdc4dc9.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/fc2ba1df78e31009e7f8ab3205b8d40c.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/b32427b52aa395222895705616d3d7a5.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/70287098b2cd978a73446068962c5a6f.jpg)
/file/1305/4ce54ff0a7d52ff047853d9da61822f6.jpeg)
