PKR gugurkan penyandang kerusi Miri, umum 16 calon
PRU15 | PKR Sarawak menggugurkan penyandang kerusi parlimen Miri, Dr Michael Teo, daripada calon yang akan bertanding dalam PRU kali ini, dan menggantikannya dengan ketua pemuda parti negeri, Chiew Choon Man.
Keputusan itu diumumkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang turut menyenaraikan 15 calon lain yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) di negeri terbabit.
Ketika PKR kehilangan ketuanya di Sarawak ekoran tindakan Baru Bian meninggalkan parti itu pada awal 2020, Teo dilantik sebagai pengerusi negeri.
PKR kemudian menyerahkan tanggungjawab pengerusi Sarawak kepada Roland Engan, manakala anggota majlis pimpipan pusat, Abun Sui Anyit sebagai timbalannya.
Berikut adalah senarai calon dari PKR serta kawasan parlimen yang ditandingi mereka:
Petra Jaya: Sofian Julaihi
Puncak Borneo: Diog Dios
Sri Aman: Tay Wei Wei
Lubok Antu: Langga Lias
Betong: Patrick Khamis
Saratok: Ibil Jaya
Kanowit: Mohd Fauzi Abdullah@Joseph
Mukah: Abdul Jalil Bujang
Selangau: Umpang Salang
Hulu Rajang: Abun Sui Anyit
Sibuti: Zolhaidah Suboh
Miri: Chiew Choon Man
Baram: Roland Engan
Limbang: Racha Balang
Lawas: Japar Suyut
Kapit: Khusyairy Pangkas Abdullah
Ketika ini hanya tiga kerusi parlimen yang belum dinamakan calonnya iaitu Selangau, Puncak Borneo dan Saratok.

Pada 2018, Selangau dimenangi Baru, manakala Willie Mongin di Puncak Borneo. Ali Biju pula memenangi kerusi Saratok.
Ketiga-tiga mereka mencapai kemenangan melalui tiket PKR, namun sudah tidak lagi berada dalam parti tersebut.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/90cae202c55c6f9a62c5e097cdfdea01.jpg)
