Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Kami tak ada kerusi untuk Annuar, Shahidan, Tajuddin

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan rasa simpati kepada penyandang kerusi parlimen Umno yang digugurkan pada PRU15.

Dalam ucapannya pada majlis pengumuman calon GTA hari ini, Mahathir berkata dia percaya beberapa pemimpin veteran Umno tersebut digugurkan kerana mereka tidak sehaluan dengan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

“Sedih melihat mereka seperti Shahidan (Kassim), Annuar Musa dan beberapa yang lain digugur, termasuk Tajuddin (Abdul Rahman).

“Mereka sudah digugurkan, saya berpendapat kerana mereka bukan orang presiden Umno. Jadi presiden Umno nak supaya orang dia saja jadi calon.

“Tapi bagi kita, masalah ini tak timbul. Walau mungkin ada antara kita yang kecewa tak dipilih jadi calon, tapi tak ada tindakan dibuat untuk kita gugur sesiapa,” katanya.

Hangat diperkatakan beberapa hari ini, pengguguran mereka disahkan malam tadi ketika BN mengumumkan senarai calonnya bagi PRU15.

Ketika ditanya jika ada di antara mereka yang menghubunginya selepas digugurkan, bekas perdana menteri itu menjawab tidak.

“(Dan) Tak ada rancangan nak jumpa pun, kerusi pun dah penuh,” katanya berseloroh.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS