Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysiakini beri akses percuma hingga hari mengundi
Diterbitkan:  Nov 4, 2022 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Meneruskan tradisi semasa pilihan raya umum, Malaysiakini akan memberikan akses percuma kepada semua artikel di laman bahasa Inggeris mulai esok hingga 20 Nov.

Ini selaras dengan misi Malaysiakini untuk mengutamakan kepentingan awam berbanding keuntungan.

Kami berharap langkah ini akan membantu pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat semasa mengundi wakil rakyat mereka.

Sejak penubuhan pada 1999, Malaysiakini telah mengharungi pelbagai cabaran, daripada serbuan polis hingga tindakan undang-undang dalam menyatakan kebenaran dan memastikan tadbir urus yang baik.

Kami tidak dapat melakukan ini tanpa sokongan anda.

Sejak 2002, Malaysiakini mengguna pakai model langganan bagi laman versi bahasa Inggeris untuk berdikari dan melindungi kebebasan editorial.

Sebagai sebuah organisasi berita yang tidak terikat dengan pembiaya dengan agenda politik, Malaysiakini memerlukan bantuan anda untuk meneruskan misi kami membina Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Memetik kata-kata ketua pengarang kami Steven Gan, "Saya percaya setiap orang harus menyumbang dengan cara mereka sendiri, tidak kira betapa kecil, untuk kebaikan masyarakat kita. Kami melakukan yang terbaik melalui Malaysiakini.”

Sila daftar menggunakan alamat e-mel yang sah untuk menerima akses kepada berita dan pandangan yang penting semasa tempoh percuma.

Bagi mereka yang ingin melanggan Malaysiakini, sila klik pada pautan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS