BN-GRS tolak semua wakil Umno sertai Bersatu jadi calon
Penyandang ahli parlimen Beluran Ronald Kiandee belum dicalonkan oleh gabungannya untuk mempertahankan kerusinya yang disandangnya selama lima penggal.
Pakatan BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memutuskan bahawa sebagai ganti Benedict Asmat dari BN akan diletakkan di kerusi Parlimen Beluran.
Ini bermakna semua lima ahli Parlimen yang berpaling tadah daripada Umno menyertai Bersatu antara 2019 dan 2020 tidak akan dicalonkan semula di bawah pakatan BN-GRS.
Mereka adalah Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Mohd Edris (Libaran), Abdul Rahim Bakri (Kudat), dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).
Ronald adalah antara dua naib presiden Bersatu yang tidak diturunkan untuk pilih raya akan datang. Seorang lagi ialah Mohd Rafiq Naizamohideen.
Ronald, 61, juga adalah timbalan speaker Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2018.
Sementara itu, BN Sabah juga menukar calonnya untuk kawasan parlimen Kalabakan.
Pada mulanya, BN Sabah menamakan Ketua Pemuda Umno Kalabakan Aslan Fadli Samsul Alang sebagai calon.
Namun, malam tadi, Andi Muhammad Suryady Bandy, yang kini Adun Tanjung Batu diumumkan sebagai calon di Parlimen Kalabakan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/e59cb3e29ef537bbdeccda7c4518376a.jpg)
