Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Che Abdullah minta sepenggal lagi di Tumpat
Diterbitkan:  Nov 5, 2022 1:27 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi meminta pengundi supaya memberi peluang untuknya berkhidmat sepenggal lagi di kerusi itu tetapi kali ini atas tiket BN.

Katanya, dia yakin penyokong bekas partinya, PAS akan memberi sokongan selepas mengetahui kisah sebenar mengenainya.

"Bukan kerana kerusi tapi saya membawa pembangunan kerana sepanjang berkecimpung dalam politik, saya sentiasa mempeloporkan persaudaraan sebab itu apabila Umno memberi ruang untuk bertanding.

"Saya tidak begitu asing dengan pemimpin Umno kerana sudah jalinkan persaudaraan malah politik saya adalah politik persaudaraan.

"Saya rasa tiada masalah dan yakin terhadap sahabat, pendukung PAS lain apabila mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mereka akan menyokong saya," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Tumpat hari ini.

Che Abdullah yang juga penyandang Parlimen Tumpat memenangi kerusi itu atas tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi dengan menewassn calon BN, Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Nordin Salleh.

Laungan 'Hidup Che Loh' mengiringi calon BN itu selepas selesai proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Che Abdullah ditemani Kira-kira 500 penyokong BN yang hadir memberi sokongan di perkarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Proses penamaan calon untuk Parlimen Tumpat menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu, Che Abdullah mewakili BN; Mumtaz Md Nawi Perikatan Nasional (PN); Che Mohd Asemari Che Ali untuk Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra); Khairul Azuan Kamarrudin dari Warisan dan Wan Mohd Johari Wan Omar membawa cabaran Pakatan Harapan (PH).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS