Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
153 mangsa banjir di Taiping ditempatkan di tiga PPS

Seramai 153 mangsa banjir di Taiping, Perak daripada 50 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata daripada jumlah itu, 90 mangsa berada di PPS Masjid Al-Wusta, 55 orang di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan lapan lagi di Surau Kampung Perak.

“Paras air Sungai Ijok melebihi paras normal namun berada di bawah paras waspada,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Katanya mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut dan pemantauan mendapati keadaan adalah selamat.

Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan beberapa kampung di sekitar Taiping terjejas dan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS