Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman fitnahnya terhadap pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Peguam diraja Mohd Hazeeq Pillay mengesahkan pemfailan di Mahkamah Rayuan itu dalam saman berkaitan buku Rewcastle-Brown bertajuk The Sarawak Report - The Inside Story of 1MDB.

Hazeeq mengesahkan perkara itu melalui kenyataan media hari ini.

Sultanah Nur Zahirah pada 31 Oktober lalu gagal dalam tindakan saman fitnahnya terhadap Rewcastle-Brown.

Pesuruhjaya Kehakiman John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, membuat keputusan itu pada prosiding melalui aplikasi Zoom, selepas perbicaraan penuh yang menyaksikan lima saksi memberi keterangan.

Sultanah Nur Zahirah menafikan mempunyai peranan dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat yang kemudiannya ditukar menjadi 1MDB.

Rewcastle-Brown menjelaskan berkata ia merupakan kesilapan yang tidak dibuat dengan niat jahat. Edisi kemas kini buku tersebut juga membuang bahagian yang didakwa fitnah itu.

Sultanah Nur Zahirah menamakan Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd dalam saman sivilnya.