Sebanyak 2,521 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,929,972.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 34,534, naik 28.9 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (879)

  • Kuala Lumpur (461)

  • Negeri Sembilan (179)

  • Sabah (178)

  • Pulau Pinang (132)

  • Kelantan (131)

  • Kedah (118)

  • Melaka (100)

  • Perak (88)

  • Pahang (77)

  • Johor (69)

  • Terengganu (57)

  • Sarawak (43)

  • Perlis (5)

  • Putrajaya (4)

  • Labuan (0)

Sebanyak lapan lagi kematian dilaporkan, dengan dua kes kematian ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,495 kematian direkodkan.

Negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi semalam adalah masing-masing dua orang di Perak dan Pulau Pinang. Satu kematian dicatatkan masing-masing di Johor, Kedah, Sabah dan Selangor.

Sebanyak 1,695 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 73 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.

Pesakit Covid-19 yang dimasukkan hospital telah meningkat secara mendadak sejak dua minggu lalu. Ia kini berada pada tahap yang tidak pernah dilihat sejak awal Ogos.