‘100 peratus tak pernah jumpa Jho Low’
Rakan kongsi firma guaman yang pernah mewakili 1MDB berkata dia 100 peratus tidak pernah berjumpa dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.
Bagaimanapun, pasukan peguam Najib Abdul Razak berkata terdapat saksi–yang tidak dinamakan–mendakwa Mark Lim menghadiri pertemuan antara pegawai 1MDB dan Jho Low.
“100 peratus saya tak jumpa Jho Low,” kata saksi ke-32 pendakwaan semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 billion melibatkan Najib.
Lim ialah salah seorang rakan rakan kongsi di Wong & Partners.
Katanya, dia tidak pernah berjumpa Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kerana hanya menyertai firma guaman itu pada 2010.
Sebelum itu, peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengasak peguam itu berkaitan peranan Brian Chia–seorang lagi rakan kongsi–memberikan pandangan dalam pemindahan AS$700 wang 1MDB ke Good Star Limited.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/818f33fc43249ed74e5eeb233209f073.jpg)
