Penduduk Kg Rimba Jaya dakwa kjaan negeri bantu usir mereka
Penduduk Kampung , Shah Alam mendakwa pemimpin kerajaan negeri Selangor membantu orang kaya membeli tanah di kampung yang mereka terokai sejak 30 tahun lalu.
Penduduk Kampung , Shah Alam mendakwa pemimpin kerajaan negeri Selangor membantu orang kaya membeli tanah di kampung yang mereka terokai sejak 30 tahun lalu.
Apa yang berlaku sekarang, kata mereka, kerajaan negeri
seolah-olah mahu mengusir mereka tanpa mengambilkira susah payah mereka meneroka
kawasan itu.
Menurut mereka, ketika kampung itu mula diteroka, tidak ada seorangpun pemimpin yang memperdulikannya kerana ia merupakan tanah lombong yang tidak diperlukan.
Seorang penduduk, Hasnah Mat Ripin berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo telah berdolak dalik mengenai status tanah di kampung itu.
"Sebelum ini beliau kata ia tanah Rezab Melayu tetapi sekarang rnenurutnya tanah persendirian," katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul Rahman Dun berkata, penduduk tidak tahu tanah ini milik siapa tetapi sekarang banyak pihak yang mahu mendapatkannya.
Katanya, penduduk pernah memohon geran dari Pejabat Tanah Shah Alam tetapi tidak dilayan.
"Penduduk ditawarkan rumah di Seksyen 26 tetapi ramai menolak kerana pinjaman bank tidak diluluskan," katanya.
Sementara itu, pengasas kampung itu, Mohd Yassin Hashim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Datuk Salamon Selamat merupakan antara pemimpin yang membiarkan kampung itu terlepas ke tangan orang lain.
Tindakan MBSA
"Sebagai Adun kawasan ini, beliau sepatutnya mempertahankan perkampungan ini tetapi beliau tidak berbuat demikian, sebaliknya berkata penduduk degil kerana tidak mahu berpindah," katanya ketika ditemui petang semalam.
Selasa lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama pasukan polis, telah merobohkan 11 rumah penduduk atas alasan kawasan itu akan dimajukan. Seramai 34 orang, termasuk tujuh aktivis, ditahan apabila cuba menghalang kerja-kerja meroboh kira-kira 300 rumah setinggan di kampung itu, Selasa lalu.
Beratus penduduk setinggan, bersama para aktivis, membuat benteng manusia seawal jam 8 pagi untuk menghalang pegawai dan anggota MBSA merobohkan rumah mereka.
Apabila perundingan menemui jalan buntu, penduduk setinggan terbabit enggan meninggalkan tempat itu dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan masuk ke situ.
Pihak polis menembak gas pemedih mata serta melepas tembakan meriam air ke arah orang ramai
Penduduk juga mendakwa pihak polis menggunakan kekerasan untuk
menghentikan bantahan penduduk itu.
Minta beri lot tanah
Sebelas rumah setinggan di situ kemudiannya dirobohkan walaupun ada kes mahkamah berhubung perkara itu yang dijadual didengar Mahkamah Persekutuan 14 Mac ini.
Mohd Yassin berkata, rumah penduduk lain akan mengalami nasib sama selepas ini.
Seorang lagi penduduk, Kassim Mat Isa berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi lot tapak tanah kepada penduduk asal Kampung Rimba Jaya untuk membina rumah sendiri.
Katanya, ini kerana mereka merupakan peneroka awal kampung tersebut iaitu kira-kira 30 tahun lalu.
"Tanah selebihnya boleh dimajukan dengan projek perumahan atau komersil tetapi hak penduduk untuk membina rumah perlu diutamakan," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.