Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hasrat KJ jadi PM bukan omong kosong - Muhyiddin
Diterbitkan:  Nov 9, 2022 9:47 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Cita-cita bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri satu hari nanti bukan omong kosong, kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

"Khairy seorang tokoh yang bagus. Beliau dalam kabinet saya antara yang saya percayai.

"Beliau menguruskan soal Covid-19, beliau ada masa depan yang baik, beliau bercita-cita dan ia tidak salah...

"Kalau saya pun nak bercita-cita jadi perdana menteri, salah ke?," kata bekas perdana menteri itu, lapor Bernama.

Ketika berkempen di Sungai Buloh semalam, Khairy berkata kawasan parlimen itu pada masa depan akan diwakili presiden Umno dan perdana menteri jika dia menang dalam PRU kali ini.

Namun, Khairy menegaskan cita-citanya itu bukanlah selepas PRU15 memandangkan Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri bagi BN.

Tanpa memberikan garis masa secara jelas, dia berkata harapannya adalah perkara itu tidak akan mengambil masa terlalu lama.

Lihat Komen
ADS