Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Kalau PH menang dan tolak saya, saya pergi mahkamah’

Presiden pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM) Zuraida Kamaruddin mendedahkan hasratnya untuk bergabung dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya umum (PRU).

Tidak kira pihak mana, termasuk Pakatan Harapan (PH), Zuraida berkata tindakan itu akan diambil demi peruntukan kerajaan untuk pengundi kawasannya.

“Tak kisahlah siapa pun (jadi kerajaan),” katanya ketika ditanya bagaimana jika PH membentuk kerajaan lagi selepas PRU.

Sementara itu, ditanya kemungkinan PH memberikan jawapan negatif padanya, Zuraida berkata dia akan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Dia tak boleh (beri reaksi) negatif sebab saya ada ahli parlimen yang diundi oleh rakyat Malaysia.

“Dia tak boleh tolak saya.

“Kalau dia tolak saya, saya akan pergi ke court (mahkamah) nanti,” katanya bergurau ketika diwawancara Malaysiakini.

Bekas pemimpin PKR yang berpaling tadah itu bagaimanapun tidak menjelaskan butiran lanjut tindakan undang-undang yang akan diterokainya.

Zuraida pernah menjawat jawatan naib presiden PKR sebelum mengalihkan sokongan kepada kerajaan baru BN-Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin ketika Langkah Sheraton.

Dia akan mempertahankan kerusi Ampang yang dimenangi ketika menggunakan lambang PKR dalam pilihan raya umum lalu dalam pertembungan sembilan penjuru.

Lihat Komen
ADS