Anifah dakwa Zahid janji jawatan menteri jika tak bertanding
Bekas menteri luar negeri Anifah Aman mendakwa presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berjanji menawarkannya jawatan menteri dalam kerajaan baru sekiranya BN menang, dengan syarat dia tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Menurut laporan Berita Harian, Anifah berkata demikian ketika hadir di kempen Pakatan Harapan (PH) yang turut dihadiri Presiden PKR Anwar Ibrahim.
"Saya diminta di kawasan saya, Kimanis bahawa Presiden Umno menjanjikan saya supaya jangan tanding dan bantu calon BN dan dia akan bagi saya jawatan menteri luar dan lantik senator.
"Itu (tawaran jawatan) bukan saya kehendaki. Apa yang saya kehendaki ialah lunaskan apa-apa termaktub dalam Perlembagaan dan MA63. Itu perjuangan saya," katanya seperti dilapor.
Anifah berkata dia menolak tawaran itu dan menggalakkan hadiri di majlis di Sepanggar, Sabah itu untuk mengundi PH.
Anifah yang pernah menjadu ahli parlimen Beaufort dan Kimanis, meninggalkan Umno Sabah pada September 2018.
Dia adalah adik tiri kepada ketua menteri paling lama berkhidmat di negeri itu, Musa Aman.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/dfd1e3ff0a61c289f5d0a93d62074969.jpg)
