Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pikul jadi pukul: PH turunkan papan tanda di Kluang
Diterbitkan:  Nov 14, 2022 1:56 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

PRU15 l Papan tanda Pakatan Harapan (PH) di kawasan Parlimen Kluang yang mengandungi kesilapan ejaan pada peribahasa yang digunakan telah diturunkan setelah pihak parti itu menyedari kesilapan.

Papan tanda Pakatan Harapan (PH) di kawasan Parlimen Kluang yang mengandungi kesilapan ejaan pada peribahasa yang digunakan telah diturunkan setelah pihak parti itu menyedari kesilapan.

Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lepas sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

Papan tanda tersebut yang mengandungi kesilapan itu tertera ‘berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’, yang sepatutnya berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

"Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan tersebut,” kata Wong yang mengucapkan terima kasih kepada yang menegur bagi membolehkan pembetulan dilakukan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS