Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Scam’ baru umpan dengan bantuan RM900 sempena PRU15
Diterbitkan:  Nov 14, 2022 3:21 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Dalang penipuan kewangan menjadikan pilihan raya sebagai modal baru untuk mendapatkan akses ke e-dompet orang ramai.

Mereka menghantar SMS daripada nombor “GOV” dan mendakwa terdapat wang dimasukkan ke dalam e-dompet pengguna.

SMS itu meminta semakan dibuat dengan menekan pautan diberikan, yang menggunakan alamat seakan-akan pautan yang sah.

Apabila ditekan, pengguna akan dibawa ke laman yang meminta pengguna memasukkan nombor telefon dan maklumat terperinci lain.

Mesej itu juga menggambarkan BN cuba membeli undi mereka melalui teks berbunyi:

“Undilah BN!”

 Ketika dihubungi perkhidmatan pelanggan Touch ‘n Go menasihatkan orang ramai tidak memberikan respons kepada mesej itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS