Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjawat awam gaji awal 17 Nov bulan ini
Diterbitkan:  Nov 14, 2022 6:01 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Penjawat awam akan mendapat gaji awal pada bulan ini, iaitu pada 17 November.

Selain itu, bayaran pencen kepada pesara kerajaan juga diawalkan kepada 14 November, iaitu hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Putrajaya hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

“Ini diharapkan dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri mengumumkan bayaran pencen turut diawalkan iaitu hari ini (14 Nov)

Lihat Komen
ADS