Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kematian meningkat, 12 korban - 2,852 kes baru
Diterbitkan:  Nov 16, 2022 12:44 AM
Dikemaskini: 12:44 AM

Sebanyak 2,852 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,953,418.

Jumlah kes aktif sebanyak 27,914, turun 15.5 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (936)

  • Kuala Lumpur (316)

  • Sabah (212)

  • Melaka (190)

  • Kedah (183)

  • Kelantan (174)

  • Putrajaya (169)

  • Sarawak (142)

  • Perak (104)

  • Pulau Pinang (92)

  • Pahang (82)

  • Negeri Sembilan (81)

  • Johor (78)

  • Terengganu (77)

  • Labuan (13)

  • Perlis (3)

Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan, melibatkan Selangor (5), Pulau Pinang (3), Perak (2), Pahang (1) dan Sabah (1).

Sejak minggu lepas, purata 7.3 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.0, yang menunjukkan aliran menaik.

Sementara itu, terdapat 101 laporan kematian bulan lepas dan 158 kematian pada bulan September.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,566 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 1,848 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 97 orang sedang mendapat rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS