Najib Razak meminta pengarah urusan Edge, Ong Tong Kooi untuk meninggalkan kediaman perdana menteri ketika itu apabila usahawan berkenaan memberi amaran mengenai ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) pada 2015.

Saksi pendakwaan ke-43 memberi keterangan demikian semasa perbicaraan kes rasuah 1MDB RM2.28 bilion petang ini terhadap Najib yang juga bekas menteri kewangan.

Ong memberi keterangan mengenai cubaannya memberi amaran kepada Najib tentang penyelewengan dana syarikat pelaburan negara dan laporan penyiasatan Edge mendapati penglibatan Jho Low dalam keseluruhan skandal tersebut.

"Selepas saya memberitahu Najib bahawa Jho Low harus dipertanggungjawabkan dan didakwa, dia (Najib) bingkas bangun dan membuka pintu untuk saya pergi," kata Ong.

Sejurus itu, Ong berkata dia terus meninggalkan rumah Najib di Langgak Duta itu.

[Berita penuh menyusul]