Seorang warga maya menghantar sebuah video bersama klip audio yang menurut lelaki itu adalah video perhimpunan orang ramai yang menyokong perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan.

Video berkenaan kemudiannya dikongsikan bersama dan menjagi tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Faqcheck Lab telah menyemak video berkenaan dan mendapati dakwaan dalam klip audio itu adalah tidak bebar.

Video itu sebenarnya memaparkan perhimpunan anjuran calon presiden Taiwan ketika itu, Ha Kuo-yu yang dirakamkan pada 22 Jun.

Pusat FactCheck Taiwan mengenal pasti lokasi perhimpunan itu adalah di Taiwan yang berlangsung pada Jun 2019

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut.

Faqcheck Lab dan Malaysiakini adalah antara ahli pakatan pemeriksa fakta, JomCheck, yang merangkumi jabatan media, akademik dan masyarakat sivil.

Melalui JomCheck, orang ramai boleh mengemukakan permohonan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian +6017 477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan ini.