Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir: SPR gantung pengundian di 11 pusat mengundi di Baram
Diterbitkan:  Nov 19, 2022 5:06 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan keputusan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di bahagian pilihan paya parlimen Baram

"(Ini) kerana keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air," kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

SPR juga berkata tarikh baru pengundian bagi pusat mengundi dan saluran tempat mengundi akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan keputusan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di bahagian pilihan raya parlimen Baram.

Dengan pengundian di Baram digantung, hanya keputusan untuk 220 kerusi parlimen akan diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang.

Ambang untuk majoriti mudah di parlimen hari ini juga secara teorinya akan turun kepada 111.

Sebelum ini, pengundian di Padang Serai ditangguhkan selepas kematian calon Pakatan Harapan.


Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat di Baram adalah seperti berikut:

  • 1 Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)

  • 2 Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)

  • 3 RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 & 2)

  • 4 Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)

  • 5 Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)

  • 6 Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)

  • 7 Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)

  • 8 Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)

  • 9 Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)

  • 10 Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)

  • 11 Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

Lihat Komen
ADS