Mahathir kalah teruk, hilang deposit di Langkawi
Diterbitkan: Nov 19, 2022 11:57 PM | Dikemas kini: Nov 20, 2022 12:07 AM
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang kalah teruk di Langkawi apabila hilang wang pertaruhan.
Dia mendapat 4,566 undi berbanding calon PN Mohd Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi.
Bagaimanapun, bukan Mahathir seorang yang hilang deposit.
Calon PH Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir turut mengalami nasib sama.
Zabidi mendapat 5,417 undi manakala Abd Kadir hanya 89 undi.
Hanya calon BN Armishah Siraj memberikan tentangan dengan 11,945 undi, menjadikan majoriti BN sebanyak 13,518 undi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/5e468931a7ec81120334cc3891fe34e3.jpg)
