Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Veteran Amanah Ishak Surin meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 24, 2022 8:37 AM
Dikemaskini: 12:41 AM

Veteran Amanah Ishak Surin meninggal dunia pada jam empat pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Amanah di Facebook sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda yang kita kasihi, Cikgu Haji Ishak Surin telah kembali ke rahmatullah jam empat pagi tadi.

"Salam takziah buat seluruh keluarga ayahanda. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas rohnya," menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan jenazah akan disembahyangkan di Madrasah Tarbiah Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Puah di situ.

Ishak, 88, pernah mengetuai Amanah Batu dan sebelum itu lama bergiat di dalam PAS.

Allahyarham juga merupakan antara anggota terawal Angkatan Pemuda Insaf (API) - sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - iaitu sebuah gerakan kemerdekaan yang berpengaruh sehingga diharamkan British pada 1947.

Lihat Komen
ADS