Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN pertimbang k'jaan perpaduan dengan ‘parti sehaluan’
Diterbitkan:  Nov 24, 2022 1:08 PM
Dikemaskini: Nov 25, 2022 4:22 AM

Perikatan Nasional (PN) hari ini bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata ia adalah demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

"Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

"Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 23 Nov lalu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin memaklumkan pendirian parti itu untuk tidak bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan supaya PN dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

Cadangan berkenaan dikemukakan Agong ketika ahli parlimen Pagoh itu menghadap baginda di Istana Negara.

Turut menghadap ialah Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.

Lihat Komen
ADS