Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Imbas kembali janji PRU - Anwar enggan ambil gaji PM
Diterbitkan:  Nov 24, 2022 6:59 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Selepas mengangkat sumpah jawatan, Anwar Ibrahim hari harus mengotakan janji-janjinya semasa berkempen menjelang pilihan raya umum, Sabtu lepas.

Antara yang menarik, pengerusi Pakatan Harapan itu berjanji tidak akan mengambil gaji perdana menteri, memotong gaji menteri dan mengecilkan saiz kabinet.

Bercakap dalam ceramah akhir PH di Perak pada 18 Nov, katanya, tindakan itu akan diambil bagi membuang “budaya tamak”.

Bagi peringkat tempatan, anggota parlimen Tambun itu berjanji akan memberi keutamaan kepada isu-isu pertanian setempat.

Anwar bagaimanapun akan memimpin kerajaan perpaduan yang turut melibatkan parti-parti bukan PH.

Anwar bukan satu-satunya pemimpin PH yang menabur janji-janji yang tidak terdapat dalam manifesto.

Di Sungai Buloh, R Ramanan berjanji untuk mendermakan semua gajinya untuk rumah ibadat.

Di Batu  P Prabakaran berjanji untuk mengusahakan bas percuma untuk seluruh Kuala Lumpur.

Di Lembah Pantai,  Fahmi Fadzil berjanji untuk memberikan seluruh gaji kepada kawasannya, jika dilantik sebagai menteri.

Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli pula berjanji akan “mencari” ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki selepas syarikatnya diserbu.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS