Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Demi rakyat, K'tan harap semangat federalisme dikekalkan - Menteri besar

Kelantan berharap kerajaan di bawah pimpinan baharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dapat mengekalkan hubungan yang baik dan semangat federalisme demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata walaupun berlainan pentadbiran antara negeri dan persekutuan namun segala peruntukan bantuan dan projek kepada negeri itu perlu diteruskan.

"Mana-mana kerajaan yang mengambil alih (kepimpinan) dia akan ambil alih semua, bukan untuk hari ini sahaja kerana ia adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Darul Naim di Tunjong, di Kota Bharu hari ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS