Bekas Adun DAP sertai MCA
Dua bulan selepas keluar dari DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Lim Lui Ming hari ini memutuskan untuk kembali semula kepada MCA parti yang yang ditinggalkannya hampir 20 tahun yang lalu.
Dua bulan selepas keluar dari DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Lim Lui Ming hari ini memutuskan untuk kembali semula kepada MCA parti yang yang ditinggalkannya hampir 20 tahun yang lalu.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan perkara itu dalam satu majlis parti tersebut di Seremban hari ini.
Akhbar berbahasa Cina
China Press
memetik Lim sebagai berkata beliau tertarik dengan kepimpinan Ong.
"Tambahan pula, MCA mengamalkan kepimpinan melalui teladan dan melaksanakan dasar-dasar yang menguntungkan parti, mewujud budaya politik yang sihat," kata Lim, sambil menambah, keputusannya itu disokong oleh sebahagian besar pengundi di Bahau.
Lim bertindak keluar dariDAP pada 9 Januari lalu, kerana mendakwa beliau telah dipinggirkan oleh rakan-rakannya dalam parti tersebut.
Ahli politik berusia 61 tahun itu yang meninggalkan MCA untuk menyertai DAP pada 1988 memenangi kerusi Bahau yang majoriti pengundinya dalam masyarakat Cina selepas tiga kali mencuba, atas tiket DAP.
'Katak politik'
Pada mulanya, beliau berjanji untuk berkhidmat kepada para pengundi sebagai wakil rakyat bebas sehinggalah pilihanraya umum akan datang.
Sementara itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook menyifatkan Lim sebagai 'katak politik'.
"Beliau telah mengkhianati bukan sahaja DAP tetapi juga penduduk Bahau yang mengundi beliau atas tiket DAP," kata Loke ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di Bahau supaya menolak Lim dalam pilihanraya akan datang.
"Para pengundi tidak boleh membiarkan orang seperti itu menjadi seorang pemimpin. Dia tidak boleh dipercayai," katanya.
Ekoran tindakan Lim menyertai MCA, maka Loke kini menjadi wakil tunggal DAP dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Berita asal

