Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa gambar pertemuan itu turut dimuat naik di platform media sosial.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Pada Khamis, Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

- Bernama