Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong k'jaan perpaduan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajuinya.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter hari ini berkata komitmen berkenaan juga adalah demi kepentingan rakyat Sabah.

Menerusi ciapan tersebut, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan hormat Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan memenangi tiga kerusi kesemuanya di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.

- Bernama

Lihat Komen
ADS