Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas MP Langkawi meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 28, 2022 1:58 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi di Frankfurt, Jerman.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Umno Langkawi meninggal dunia ketika dalam urusan kerja sebagai ahli lembaga pengarah TNB di Jerman.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan dalam catatan di Facebook.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Al-Fatihah buat arwah Yang Berbahagia Dato Nawawi Ahmad, 61 tahun, ketua Umno Bahagian Langkawi telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi di Jerman.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Takziah kepada keluarga arwah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Nor Saidi, jenazah alllahyarham akan dikebumikan di Jerman.

Allahyarham pernah berkhidmat selama sepenggal sebagai Ahli Parlimen Langkawi mulai 2013 hingga 2018.

Lihat Komen
ADS