Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Landasan kereta api Songkhla dibom: Tiada rakyat M'sia terlibat

Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.

Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Perlis, Izizam Ibrahim berkata daripada maklumat yang dia terima, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

“Saya juga difahamkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden yang melibatkan kereta api kontena yang membawa komoditi getah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Izizam berkata letupan bom tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang.

Media sebelum ini melaporkan Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS