Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Fadillah mula tugas rasmi
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan tugas rasminya di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu tepat pada 8.30 pagi di Putrajaya, hari ini.

Ketibaan Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Mad Zaidi Mohd Karli, Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) Pubadi Govindasamy, Ketua Komunikasi Korporat Nor Ratna Sridewi Mokhtar serta pegawai dan kakitangan kementerian itu.

Sejurus selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau dibawa ke pejabatnya untuk menghadiri satu sesi taklimat mengenai kementerian itu bersama ketua-ketua jabatan.

Seterusnya, beliau menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra pada 10 pagi.

Beliau dijadual ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi simbolik memulakan tugas rasmi jawatan itu selepas masyuarat Khas kabinet berkenaan.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu ialah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan selain Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS