Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiktok akan kerjasama dengan MCMC bendung kandungan provokatif'

Penyedia aplikasi TikTok akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membendung segera penyebaran kandungan berunsur provokatif serta ekstremis di media sosial.

Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata hasrat dan komitmen penyedia aplikasi itu dinyatakan dalam sesi perjumpaannya dengan pihak TikTok serta MCMC, petang tadi.

Fahmi Fadzil

“Hasil perbincangan ini, pihak TikTok menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui MCMC untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis ini di media sosial yang mengganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat.

“Insya-Allah, saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara holisitik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Fahmi berkata perkara untuk membanteras isu penyebaran kandungan berunsur provokatif, menggugat keharmonian serta menyentuh sensitiviti kedudukan institusi raja, agama dan kaum dengan segera juga antara diberi penekanan dalam mesyuarat kabinet khas dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya pagi tadi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS