Najib gagal batalkan injuksi Mareva dari SRC
Injunksi Mareva yang diperolehi SRC International Sdn Bhd (SRC) untuk menghalang Najib Razak daripada melupuskan aset sehingga RM42 juta masih berkuat kuasa.
Ketetapan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan permohonan dibuat bekas perdana menteri merangkap menteri kewangan terbabit yang mahu membatalkan setakat SRC terhadapnya.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam turut mengarahkan Najib membayar kos RM15,000 kepada dua responden iaitu SRC dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (Gandingan Mentari).
Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan injunksi Mareva oleh SRC dan Gandingan Mentari sebagai sebahagian daripada tindakan sivil RM42 juta kedua-dua plaintif terhadap defendan Najib.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC, bekas anak syarikat 1MDB.
Injunksi mareva adalah perintah yang menghalang seseorang daripada melupuskan sesuatu harta sementara menunggu sesuai kes diselesaikan mengikut undang-undang.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/08a5decb141f8dcc40173129f1e6c41c.jpg)
