Bukan kesalahan rundingan terus dalam kecemasan - Tuan Ibrahim
Bekas menteri alam sekitar dan air, Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan keputusan kementeriannya meluluskan projek tebatan banjir secara rundingan terus.
Dalam reaksinya berhubung keputusan Anwar Ibrahim yang membatalkan projek berkenaan, Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS berkata perdana menteri harus menyedari bahawa proses rundingan terus bertujuan mempercepatkan kerja semasa kecemasan.
"Sebagai perdana menteri, beliau (Anwar) tidak sepatutnya mengganggap semua projek melalui tender rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak yang mencari kesempatan.

"Beliau tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.
“Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain.
“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Anwar hari ini mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender diteliti semula.

Dia yang juga menteri kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata sebagai menteri kewangan, dia yakin Anwar mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir itu perlu disegerakan, dan ia bukanlah satu kesalahan perolehan.
“Selain kementerian alam sekitar dan air, semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian kewangan,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/527c8618c817450e7c78d9d954aa405a.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/f965e7959a0d544f05a0fc2fd17779d8.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/43ca2470d7f52d622e0d16d194b290fb.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/29dd331e5d96fe5999fb77d2ee3175a9.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/ce38c35505bee3b81663daed9efa5628.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/56d04e50d86e15b8efbefc50a91275c9.jpg)