PN hantar nama calon speaker Dewan Rakyat
Perikatan Nasional (PN) mengesahkan telah menghantar nama calon bagi jawatan speaker Dewan Rakyat, hari ini, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Bersatu, Mohd Rashid Hasnon.
Bagainanapun bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu enggan mendedahkan nama berkenaan, selain menafikan dia adalah calonnya.
"Ya...bukan sayalah.. saya akan terbang ke Qatar menyaksikan perlawanan bola sepak pada 18 Disember ini.
"Tetapi saya bagi isyarat kena hantar nama sebelum jam 5 petang ini," katanya yang dpetik oleh Berita Harian, hari ini.
Azhar Harun hari ini mengesahkan bahawa dia akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang pada 19 Disember ini.
Sehubungan itu, katanya, sidang Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
"Mengikut Perlembagaan Persekutuan, saya perlu mengosongkan kerusi pada tengah malam 18 Disember.
Speaker Dewan Rakyat sekarang, Azhar Harun sebelum ini dilaporkan berkata dia akan mengosongkan kedudukannya sebelum Parlimen bersidang pada 19 Disember ini.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Azhar perlu mengosongkan kerusinya pada tengah malam 18 Disember dan sidang parlimen ke-15 bakal dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
Menurut aturan mesyuarat yang dihantar kepada ahli parlimen, agenda pertama sidang adalah pemilihan speaker yang baru.
Pakatan Harapan juga masih belum mendedahkan siapa calon speaker mereka.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/02/364d2a5a228e692522fd9ed0b784d038.jpg)
