Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Annuar sahkan SPRM rakam keterangan sumber dana Muhyiddin

Bekas pemimpin veteran Umno Annuar Musa mengesahkan bahawa dia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin membelanjakan sejumlah dana yang berlebihan di Sabah semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

Pada sidang media hari ini, bekas ahli parlimen Ketereh itu berkata bahawa keterangannya itu telah dirakamkan minggu lalu.

"Saya sudah memberi kenyataan kepada SPRM minggu lepas. Saya sebenarnya sangat lega sekali kerana sekali lagi fitnah yang di luar itu tak dapat saya kawal, mereka kata saya masuk bilik tidur duit berlonggok-longgok ambil berjuta-juta bawa duit ke mana, patutlah kuat sokong Muhyiddin kerana Muhyiddin bagi duit.

"Bila SPRM panggil saya untuk beri keterangan saya sangat suka hati dan saya beritahu semua jalan cerita sebenarnya yang telah saya lalui, saya ucap terima kasih dan akan terus beri kerjasama kepada SPRM, itu tanggungjawab saya," katanya kepada pemberita di pejabat NGO yang diterajuinya, Muafakat Nasional (MN) di Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, tular video pendek Annuar yang mendakwa Muhyiddin memperuntukkan puluhan juta ringgit ketika PRN Sabah.

Dalam video Tiktok yang turut dimuat naik oleh pemimpin Umno Mohd Puad Zarkashi, Annuar sa mendedahkan terdapat puluhan juta ringgit di bilik Muhyiddin ketika pemimpin Umno berkenaan berjumpa dengan presiden Bersatu itu.

Dakwa Annuar, wang tersebut untuk membantu Umno semasa PRN Sabah.

Lihat Komen
ADS