Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wan Saiful minta sebahagian dana Bernas untuk pesawah kawasannya
Diterbitkan:  Dec 20, 2022 3:23 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Anggota parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan memohon sebahagian daripada dana sumbangan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada kerajaan digunakan untuk membantu pesawah kawasannya.

Pemimpin Bersatu itu berkata langkah segera diambil untuk membantu pesawah kawasan itu yang kerugian akibat sawah tenggelam sepanjang musim hujan ini. 

“Ramai yang memerlukan bantuan ganti rugi serta bantuan pembelian benih baru untuk tanam semula,” tulisnya di media sosial.

Sementara itu, Wan Saiful juga memohon agar kerajaan turut mengambil perhatian terhadap masalah banjir di Tasek Gelugor sebagai langkah jangka panjang. 

“Ini memerlukan perparitan dan sistem saliran diperbaiki supaya masalah banjir tidak berterusan,” katanya.

Wan Saiful berkata perkara itu telah disuarakan kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi  yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Mohamad Sabu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Disember lalu mendedahkan dia "menegur" pemilik Bernas Syed Mokhtar Al-Bukhary berhubung monopoli import beras.

Sebagai langkah segera, kata Anwar, syarikat ituberjanji akan peruntukkan RM10 juta kepada pesawah padi miskin pada bulan ini, diikuti RM50 juta mulai tahun depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS