Malindo Air akan bertanggungjawab isu penumpang terkandas - menteri
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan syarikat penerbangan tambang rendah Malindo Air untuk menghubungi semua penumpang yang dilaporkan terkandas di KLIA pada malam Jumaat selepas penerbangan mereka ke Kuching, Sarawak ditangguhkan selama lebih lapan jam.
Loke memaklumkan perkara itu di Twitter dalam ciapan menjawab seorang penumpang yang tidak berpuas hati yang merakam video aduannya terhadap Malindo.
"Saya dah hubungi pengurusan Malindo Air. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab," kata Loke malam tadi.
Pada hari Jumaat, pengguna Mohd Firdaus Jailan memuat naik ciapan Twitter mendedahkan bahawa penerbangannya ke Kuching dijadualkan berlepas pada 11 malam tetapi penumpang dibiarkan terkandas di pintu masuk sehingga 6 pagi Sabtu, dikatakan tanpa sebarang pengumuman atau bantuan daripada kakitangan syarikat penerbangan itu.
Antara lain, Firdaus berkata sebarang notis awal mengenai kelewatan semalaman akan membolehkannya meninggalkan lapangan terbang dan mendaftar masuk ke bilik hotel.
Dia berkata terdapat juga warga emas yang terkandas dan tidak tahu apa-apa maklumat yang jelas.
Orang lain yang memberi maklum balas kepada Firdaus menegaskan bahawa semua penumpang berhak menuntut pampasan daripada Malindo Air atas kesulitan mereka.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/1c05710ff418778bdf8fd30e8fcd5811.jpg)
