Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap Anwar
Diterbitkan:  Dec 30, 2022 12:03 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru hari ini.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri ke-10 itu tiba di istana berkenaan kira-kira 10.30 pagi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tambun itu disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi setibanya di Senai Business Aviation Terminal pada 9.55 pagi.

Ini merupakan kali kedua Anwar menghadap Sultan Ibrahim dan kali pertama beliau ke negeri ini selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lepas.

Pengerusi Pakatan Harapan itu pernah menghadap Sultan Johor tiga hari selepas mengangkat sumpah.

Anwar turut dijadual bertemu masyarakat ketika makan tengah hari di Restoran Murtabak Kampung Melayu Azo 96, Kampung Melayu Majidee, di Johor Bahru.

Selepas itu, beliau akan menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee sebelum kembali ke ibu negara.

Kali terakhir Anwar ke Johor ialah ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 awal November lepas.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS