Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong, Raja Permaisuri ucap selamat tahun baru 2023
Diterbitkan:  Dec 31, 2022 5:34 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023 dan mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” zahir Seri Paduka Baginda berdua.

Sambutan ambang tahun baharu yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka, di sini, malam ini diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Ia diganti dengan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya bermula 6.30 petang ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS