Sebanyak 360 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.
Kes aktif kini berjumlah 11,807, turun 23.4 peratus berbanding 14 hari lalu.
Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (109)
Kuala Lumpur (40)
Kedah (32)
Sarawak (23)
Melaka (21)
Pulau Pinang (21)
Johor (19)
Perak (17)
Kelantan (15)
Pahang (15)
Negeri Sembilan (14)
Terengganu (11)
Putrajaya (11)
Sabah (10)
Perlis (2)
Sementara satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam iaitu di Sarawak.
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,858 kematian direkodkan.
Seramai 580 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 30 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (39) diikuti Sabah (34) dan Johor (23).
