Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Varian BA5.2 dikesan sejak 16 Mac, BF7 sejak 21 Ogos
Diterbitkan:  Jan 3, 2023 3:43 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Dua varian Covid-19 iaitu BA5.2 dan BF7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama bagi BF7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes kedua pada 6 Sept (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Okt merupakan kes jangkitan tempatan.

“Di peringkat global pula bagi varian BA5.2, kemuncak penularan adalah sekitar bulan September-Oktober 2022 dengan kebanyakannya dikesan di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.

"Bagi varian BF7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemukan di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Semalam Dr Noor Hisham berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA5.2 dan tiga kes dijangkiti BF7.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS