Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi untuk masuk Sabah'

Kerajaan Sabah hari ini menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi Covid-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri itu, berkuat kuasa 8 Jan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata pengembara berkenaan juga perlu menunjukkan ujian Covid-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Perkara itu diputuskan jemaah menteri Sabah yang bermesyuarat hari ini,” kata jurucakap Covid-19 kerajaan Sabah itu menerusi kenyataan malam tadi.

Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan semua pengembara dari luar negara yang tiba di Sabah dikehendaki menjalani saringan suhu dan pengembara dikesan mempunyai simptom demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pengembara yang mempunyai gejala Covid-19 wajib menjalani ujian RTK Antigen Covid-19,” katanya.

Sementara itu, dia berkata sebanyak 12 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini manakala 138 pesakit masih menerima rawatan dengan 10 daripadanya memerlukan penjagaan kritikal dan 23 pesakit telah pulih.

-Bernama

Lihat Komen
ADS