Lim: Jangan toleransi dengan politik ‘fitnah’ Hamzah
Lim Kit Siang mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak bertoleransi terhadap “politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan yang berasaskan fitnah”.
Ahli politik veteran itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin bahawa “pintu sentiasa terbuka” untuk BN dan mereka akan merampas Selangor.
Lim berkata kenyataan sebegitu mampu merosakkan kerajaan Anwar serta masyarakat majmuk di Malaysia.
Dia juga berkata Hamzah perlu dibuktikan salah, termasuk susulan kenyataannya bahawa mampu menawan Selangor dan mempunyai peluang 50-50 di Negeri Sembilan.
“Kerajaan perpaduan Anwar perlu merangka strategi untuk enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang mampu untuk menyampaikan mesej bahawa tidak wujud fenomena ‘gelombang hijau’ dalam politik Malaysia,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/09/9d8eb08d808b74db63eedc3d6d50e1e7.jpg)
