Lima kanak-kanak antara lapan maut dalam kejadian tembakan di AS
Diterbitkan: Jan 5, 2023 2:24 PM
GLOBAL | Satu kejadian tembakan di negeri Utah Amerika Syarikat mengorbankan lapan orang termasuk lima kanak-kanak, menurut polis pada Rabu hari ini.
Insiden itu berlaku di sebuah rumah di Enoch City, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan akhbar.
Pegawai berkata kejadian itu tidak memberi ancaman kepada orang ramai dan percaya tiada suspek yang bebas.
Siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada butiran dikeluarkan mengenai identiti atau umur mangsa.
"Kami bersimpati ke atas mereka yang terjejas akibat keganasan yang tidak masuk akal ini,” kata Gabenor Utah Spencer Cox di Twitter.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/af41d93b69412fb23836beb27a342440.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.