Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Razlan, Suhaizan antara setiausaha politik baru menteri
Diterbitkan:  Jan 6, 2023 3:52 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii, hari ini secara rasmi menjadi setiausaha politik kepada Ahmad Zahid Hamidi selalu menteri kemajuan desa dan wilayah.

Dia yang juga bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bertyerima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid kerana memberikan keyakinan kepadanya.

"Amanah yang digalas bukan mudah, namun kepercayaan ini akan dijaga dengan penuh tanggungjawab.

"Semoga Allah SWT memberikan perlindungan kepada kami semua," kata Razlan dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu dia mengangkat sumpah menyimpan rahsia bersama 14 yang lain di depan Anwar dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali di Putrajaya hari ini.

Selain Razlan, turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah anak kepada metua menteri Sabah, Mohd Ghazali Hajiji.

Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, pula dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu, Suhaizan dipilih bertanding mewakili PH di DUN Pulai Sebatang, namun tewas.

Smentara itu bekas ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, turut dilantik sebagai setiausaha politik. Dia kini berkhidmat dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Lihat Komen
ADS